Liquid C – Plus
Description
Mengandungi Vitamin C yang stabil, Ko-enzim Q-10, Rosehips Bioflavonoids and Carotenoids. Vitamin C adalah Vitamin yang boleh larut dalam air. Tidak seperti kebanyakan mamalia, manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Oleh itu, kita perlu mendapatkannya daripada makanan atau sumber luaran. Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan kolagen sebagai komponen struktur yang penting bagi salur darah, tendon, ligament dan tulang. Ia juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan neurotransmitters yang dapat mengalakkan fungsi otak. Vitamin C diperlukan untuk menghasilkan Carnitin yang penting dalam mengangkut lemak ke Mitokondria bagi penghasilkan tenaga. Vitamin C juga memainkan peranan dalam metabolisme Kolesterol kepada asid hempedu dan menstabilkan kandungan Kolesterol darah untuk mengelakkan kejadian masalah batu karang. Liquid C-Plus mengandungi Vitamin C semulajadi yang stabil, Ko-enzim Q-10 dan Rosehips
Bioflavonoids bertindak sebagai agen anti-pengoksidaan yang kuat. Walaupun dalam kuatiti yang kecil, ia dapat menghalang kerosakan molekul badan akibat serangan radikal bebas yang dihasilkan semasa metabolisme badan yang terdedah kepada pencemaran dan toksik. Oleh itu, ini dapat meningkatkan system pertahanan supaya dapat melicinkan, melembutkan dan memutihkan kulit, anda akan kelihatan lebih bersemangat dan berseri.